Pengembara antarabangsa yang tiba di negara ini melalui laluan udara tidak diwajibkan mengambil ujian RTK-Antigen di lapangan terbang, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan Kerajaan Malaysia berhubung pembukaan sempadan baru-baru ini, pengembara antarabangsa boleh melakukan ujian RKT-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.